KEJOHANAN SEPAK TAKRAW MSSM
12 TAHUN KE BAWAH 2014
1.0 UNDANG-UNDANG PERMAINAN
Pertandingan ini dijalankan mengikut undang-undang ISTAF(Gabungan
Sepak Takraw Antarabangsa) yang dikuatkuasakan pada masa ini dan peraturan AM
MSSM serta peraturan kecil pertandingan ).
2.0 JENIS PERTANDINGAN
Kejohanan ini mengandungi
acara-acara berikut:
2.1 Antara PASUKAN
Peringkat umur 12 tahun dan ke bawah kategori lelaki.
2.2 Antara REGU Peringkat
umur 12 tahun dan ke bawah kategori lelaki.
2.3 Bulatan Peringkat umur
12 tahun dan ke bawah kategori lelaki.
3.0 HAD UMUR PESERTA
3.1 Had umur peserta bagi pertandingan permainan MSSM adaah
seperti berikut:
3.1.1
12 tahun dan ke bawah
3.2 Kiraan umur adalah pada
1 Januari tahun semasa pertandingan
( Lahir pada/selepas
1 Jan 2002 ) .
3.3
Semua peserta peringkat umur 12 tahun dan ke bawah hendaklah bersedia
menunjukkan
salinan sijil kelahiran /
MyKid yang disahkan oleh Pengetua / Guru Besar /
Penolong kanan sekolah peserta berkenaan.
(Rujuk Peraturan AM (4) Majlis Sukan Sekolah Malaysia).
4.0 PENDAFTARAN PEMAIN/ PEMBENTUKAN PASUKAN
4.1 Antara PASUKAN bawah umur 12 tahun dan ke bawah adalah terdiri daripada 12
pemain.
4.2 Hanya pemain yang
didaftarkan dan diakui sah layak mengambil bahagian.
4.3 Pertukaran pemain yang
telah didaftarkan boleh dibuat semasa mesyuarat pengurus-pengurus
pasukan yang akan diadakan sebelum
kejohanan bermula.
4.4
Taraf
kelayakan peserta adalah tertakluk kepada Peraturan 3 (KELAYAKAN) dalam
Peraturan AM MSSM (Rujuk Lampiran B).
4.5 Pendaftaran pemain
mestilah didaftarkan dengan menggunakan borang R01(sekolah rendah).
4.6 Pendaftaran pasukan
mestilah menggunakan Borang Pendaftaran Pasukan MSSM R02
(sekolah rendah).
5.0 SISTEM PERTANDINGAN
5.1 Acara Berpasukan
Undian akan dijalankan oleh Jawatankuasa Teknik dan Pengelola
Kejohanan bagi menentukan kumpulan pasukan-pasukan yang mengambil bahagian.
5.1.1 Peringkat Awal
5.1.1.1 Sekiranya 12 atau
lebih pasukan yang mengambil bahagian, maka
hendaklah dibahagikan kepada 4 kumpulan
iaitu A,B, C dan D. Pertandingan akan
dijalankan secara liga.
5.1.1.2
Pertandingan antara pasukan
mengandungi 3 REGU, iaitu A, B dan C.
Pertandingan akan dijalankan dengan tertib menurut senarai regu
atau barisan Pemain yang telah
didaftarkan dan diserahkan oleh pasukan-pasukan kepada Pengadil Rasmi 15 minit
sebelum sesuatu perlawanan dimulakan.
5.1.1.3
Ketiga-tiga REGU diwajibkan
bertanding pada peringkat awal.
5.1.1.4 Johan,Naib Johan, Tempat Ketiga dan Keempat
dalam Kejohanan tahun
lalu
akan ditempatkan dalam kumpulan seperti berikut :
Johan : KUMPULAN A
Naib
Johan : KUMPULAN B
Ketiga : KUMPULAN C
Keempat : KUMPULAN D
Pasukan-pasukan
lain akan ditempatkan dalam 4 kumpulan tersebut
dengan
cabutan undi.
5.1.1.5 Sekiranya pasukan yang diutamakan (seeded)
tidak mengambil bahagian,
maka pasukan terbaik
berikutnya hendaklah dipertimbangkan
kedudukannya.
5.2 Pusingan Kedua (Suku Akhir)
5.2.1 Pemenang 1 dan 2 dalam setiap kumpulan akan
masuk kepusingan suku akhir dan
pertandingan akan dijalankan secara kalah
mati.
5.2.2 Undian bagi 2 pasukan Pemenang Pertama
Kumpulan didahulukan untuk
ditempatkan di kedudukan 1,3,5 dan 7.
5.2.3 Undian bagi 2 pasukan pemenang kedua kumpulan
untuk ditempatkan di
kedudukan2 atau 4, jika pasukan menang pertama kumpulannya telah
diundi dan ditempatkan dikedudukan 5 atau 7 . Manakala 2 pasukan pemenang kedua
yang lain akan diundi juga untuk ditempatkan dikedudukan 6 dan 8.
5.2.4 Pasukan-pasukan yang menang pada perlawanan
separuh akhir akan memasuki
Perlawanan Akhir menentukan Johan dan Naib Johan. Sementara
pasukan yang kalah akan bermain untuk menentukan tempat ketiga dan keempat.
6.0 PERMULAAN
PERMAINAN DAN SEPAK MULA
6.1 Regu
melakukan sepak mula ( servis ) akan melakukan tiga (3) kali sepakan
berturut-turut dan disambung oleh pihak lawan tiga (3) sepakan berturut-turut.
Pertukaran sepak bergilir-gilir selepas
tiga (3) mata, tanpa mengira mana pihak yang mendapat mata.
6.2 Setiap
kali pertukaran servis pemain berlainan akan melakukan servis mengikut posisi
dalam pendaftaran bermula tekong, apit kanan diikuti apit kiri.
6.3
Campakan hendaklah dilakukan oleh apit setelah Pengadil mengumumkan mata. Sekiranya apit
membuat campakan sebelum Pengadil mengumumkan mata, maka campakan semula
hendaklah dilakukan oleh apit dan amaran lisan akan diberi oleh Pengadil kepada
pemain tersebut. Jika pemain masih melakukan kesalahan yang sama maka campakan
itu dianggap batal.
6.4
Sebaik sahaja tekong melakukan sepak mula, semua pemain bebas bergerak di dalam
gelanggang masing-masing.
6.5
Sepak mula diakui sah jika bola melepasi atas jaring sama ada menyentuh jaring
atau pun tidak, melalui antara dua pita sempadan dan jatuh ke dalam gelanggang
pasukan lawan.
6.6 Dalam pertandingan sistem kalah mati, regu
ketiga tidak perlu bermain jika keputusan telah diperolehi.
6.7
Dalam pertandingan sistem liga, ketiga-tiga regu dalam pasukan hendaklah
bermain.
7.1 Sistem kiraan mata dua puluh satu
(15) satu set akan diguna pakai dalam kejohanan ini. Tukar petak gelanggang akan dilakukan apabila satu regu mendapat mata 8.
7.2 Setiap set dimenangi oleh regu yang mendapat
mata dua puluh satu (15). Bila terikat mata 14-14, set tersebut dimenangi
apabila mana-mana regu mendapat kelebihan satu (1) mata atau mana-mana regu
mencapai mata dua puluh satu (17).
8.0 MENENTUKAN KEPUTUSAN
8.1 Pasukan yang mendapat
mata tertinggi akan disytiharkan sebagai pemenang pertama
kumpulan, manakala yang mendapat mata kedua tertinggi akan
diisytiharkan sebagai pemenang kedua.
8.2 Pasukan yang menang
mendapat 2 mata dan kalah 0 .
8.3 Sekiranya selesai semua
perlawanan dalam sesuatu KUMPULAN, kiraan mata diperolehi
sama oleh 2 pasukan atau lebih, maka kedudukannya akan ditentukan dengan
mengikut tertib berikut :-
8.3.1 Kiraan perbezaan REGU (difference) daripada
jumlah regu menang yang diperolehi
oleh pasukan berkenaan.
8.3.2 Kiraan perbezaan ANGKA-ANGKA MATA daripada
jumlah yang diperolehi oleh
pasukan berkenaan.
8.4 Sekiranya dengan kaedah
di atas kedudukan seri masih berlaku, maka kaedah berikut
dilakukan.
8.4.1 Jika 2 pasukan sahaja terlibat, maka pasukan
yang telah mengalahkan lawannya
akan dikira menang.
8.4.2 Jika 2 atau lebih pasukan terlibat, maka
keputusan muktamad akan ditentukan
dengan perlawanan semula dalam liga satu pusingan dengan kiraan11
mata sahaja. Undian akan dibuat bagi menentukan pasukan yang membuat sepak mula
dan memilih gelanggang.
8.5 Sebelum sesuatu perlawanan
dimulakan, pasukan yang akan bertanding hendaklah
menyerahkan senarai barisan pemain-pemain termasuk pemain simpanan
kepada Jawatankuasa Pengelola / Pengadil Rasmi yang bertugas.
8.6 Setiap pasukan
hendaklah bersanggupan bertanding lebih daripada satu perlawanan
dalam sehari. Jika dijadualkan, maka tempoh rehat selama 30 minit akan
diberi antara perlawanan tersebut.
8.7 Seorang pemain boleh
bermain dalam satu regu sahaja dalam sesuatu perlawanan.
8.8 Pembahagian KUMPULAN
atau UNDIAN-UNDIAN tertakluk kepada keputusan
Jawatankuasa Pengelola.
9.0 PAKAIAN
9.1 Semua jersi hendaklah
mempunyai nombor di bahagian depan (10 cm) dan belakang (19 cm)
9.2 Setiap pemain hendaklah
memakai nombor yang sama sepanjang kejohanan.
9.3 Hanya jersi bernombor 1
hingga 36 sahaja yang dibenarkan dalam kejohanan ini.
10.0 BOLA / ALATAN
10.1 Bola yang digunakan ialah :
GAJAH
EMAS - 311 bagi peringkat umur 12 tahun
ke bawah.
11.0 MENARIK DIRI / MENYERAH KALAH
11.1 Pasukan / Regu yang
mengesahkan persetujuan mengambil bahagian tidak dibenarkan
menarik diri. Surat
tunjuk sebab akan dikeluarkan kepada pasukan/regu tersebut sekiranya
melanggar Peraturan
ini.
11.2 Sekiranya/ ada
pasukan/regu menarik diri atau menyerah kalah dengan sengaja daripada
pertandingan, semua keputusan pertandingan yang dimainkan oleh
pasukan/regu itu akan dibatalkan. Pasukan tersebut tidak dibenarkan menyertai
perlawanan seterusnya dan tindakan tatatertib akan diambil ke atas pasukan/regu
berkenaan.
12.0 BANTAHAN
12.1 Segala bantahan
hendaklah dibuat secara bertulis oleh Pengurus sahaja kepada juri rayuan.
12.2 Segala masalah
berkaitan dengan kelayakan (status) peserta atau sesuatu perlawanan yang
tidak dapat diselesaikan dengan memuaskan sebelum
pertandingan bermula, maka pasukan
itu boleh mengambil bahagian di bawah
bantahan (under protes) dan perkara tersebut
hendaklah diselesaikan1 jam selepas menerima
bantahan rasmi.
12.3 Bantahan berhubung dengan permainan yang
sedang dijalankan hendaklah dilakukan
dengan serta merta
dan tidak lewat daripada satu jam selepas perlawanan itu tamat. Tiap-
tiap bantahan
hendaklah beserta dengan wang tunai RM 300.00 (Ringgit Malaysia Tiga
Ratus Sahaja).
12.4 Keputusan Juri Rayuan
akan dibuat secara bertulis serta dimaklumkan kepada yang
berkenaan dan keputusan adalah muktamad.
12.5 Sila rujuk peraturan
AM (12) MSSM.
13.0 JURI RAYUAN
13.1 Juri Rayuan hendaklah
terdiri daripada 5 orang (minimum) atau 7 orang (Maksimum) iaitu
* Pengerusi Jawatankuasa Pengelola
/wakilnya.
* Setiausaha Jawatankuasa Pengelola
* Penyelaras Sepak Takraw MSSM
* Pengerusi Teknik Permainan Sepak Takraw
MSSM
* Seorang pengurus pasukan yang tidak
terlibat dengan bantahan yang dibuat.
14.0 LEMBAGA TATATERTIB
14.1 Lembaga ini terdiri
daripada :
14.1.1
Timbalan Pengarah Sukan
Kemterian Pelajaran Malaysia.
14.1.2
Pengerusi Jawatankuasa Teknik
& Pembangunan MSSM atau Wakilnya.
14.1.3
Pengarah Jabatan Pelajaran
Negeri Pengelola atau wakilnya
14.1.4
Penyelaras Permainan Sepak
Takraw MSSM
14.1.5
Pengerusi Jawatankuasa Teknik
Permainan yang berkenaan
14.1.6
Setiausaha Jawatankuasa
Pengelola
14.2 Lembaga ini
bertanggungjawab untuk :
14.2.1
Memberi amaran
14.2.2
Menggantung penyertaan bagi
jangka masa tertentu.
14.2.3
Menyingkirkan daripada
keseluruhan kejohanan.
14.2.4
Mengarah pemain dihantar pulang.
14.2.5
Menghantar laporan kepada MSS
Negeri berkenaan supaya mengambil tindakan
tatatertib sejajar dengan
tindakan disiplin mengikut hukuman yang diguna pakai
oleh Persatuan Sepaktakraw Malaysia.
14.3 Bertanggungjawab membuat laporan mengenai
peristiwa yang telah berlaku kepada urusetia
MSSM secara lisan seberapa segera dan secara bertulis
selewat-lewatnya 14 hari selepas tamat kejohanan.
15.0 PENGADIL DAN PENJAGA GARISAN
15.1 Semua perlawanan akan diadili oleh
pengadil-pengadil bertauliah yang dilantik oleh
Jawatankuasa Pengelola.
15.2 Semua penjaga garisan atau pembantu-pembantu
yang akan bertugas disepanjang kejohanan
ini akan dilantik oleh Jawatankuasa
Pengelola.
15.3 Semua keputusan yang telah dibuat oleh
pengadil atau penjaga garisan yang berkaitan
dengan undang-undang permainan adalah
MUKTAMAD.
16.0 PENGGANTUNGAN
Mana-mana pemain yang telah dikeluarkan daripada gelanggang oleh
Pengadil, maka dengan serta
merta digantung daripada bermain pada satu perlawanan berikutnya
sehingga Jawatankuasa Tatatertib membuat sesuatu keputusan.
17.0 MAJLIS RASMI SEMPENA KEJOHANAN
Semua pegawai dan peserta pasukan MSS Negeri yang menyertai
pertandingan permainan MSSM hendaklah menentukan semua pesertanya menghadiri :
17.1
Majlis Pembukaan Rasmi
17.2
Jamuan rasmi sempena kejohanan
17.3 Taklimat/mesyuarat pengurus
17.4 Majlis Penutupan Rasmi dan Penyampain Hadiah
Jika terdapat MSS Negeri yang tidak mematuhi peraturan tanpa sebab
tindakan tatatertib boleh diambil. Pengelola hendaklah memaklumkan kepada
urusetia MSSM serta Pengarah Pelajaran Negeri berkenaan supaya tindakan boleh
diambil terhadap pengurusan pasukan.
18.0 KESELAMATAN
18.1 Semua pegawai dan
peserta MSS Negeri yang menyertai kejohanan ini hendaklah
dilindungi
insuran.
18.2 Jawatankuasa
Pengelola tidak bertanggungjawab di atas kemalangan, kematian kecacatan
keanggotaan, kehilangan anggota badan/harta benda atau sebarang kecederaan
lain yang berlaku.
18.2.1
Semasa perjalanan pergi dan balik.
18.2.2
Semasa kejohanan dijalankan.
18.2.3
Di dalam atau di luar kawasan pertandingan.
18.2.4
Di tempat-tempat penginapan.
Walaubagaimanapun pihak pengelola kejohanan akan berusaha untuk
mengambil langkah bagi memastikan keselamatan peserta dan pegawai terjamin.
18.3 Sebarang tindakan
mahkamah tidak boleh diambil ke atas Jawatankuasa Pengelola
Pertandingan MSSM berhubung dengan
kejohanan yang diadakan.
19.0 PINDAAN DAN HAK JAWATANKUASA PENGELOLA
19.1 Semua peraturan-peraturan yang dinyatakan di
atas mestilah dipatuhi. Jika ada dinyatakan
perkara-perkara lain dalam undang-undangan
permainan maka wajib dipatuhi.
19.2 Semua perkara yang
tidak dinyatakan dalam Peraturan ini akan diputuskan oleh
Jawatankuasa Pengelola Kejohanan yang berkenaan. Semua keputusan yang
telah dibuat oleh Jawatankuasa adalah MUKTAMAD.
Dikemaskini
pada 10 Jun 2014 ( Sempena Kejohanan MSSM di Ipoh, Perak )
Diperiksa dan
penambahbaikan olehEncik Syed Husain Bin Syed Abu Bakar Aledros
PTPS Sepak Takraw MSSM bersama PTPS Negeri